Saturday, January 15, 2011

PENGAJARAN...

aku harap apa yang aku post nie akan dapat memberi peringatan kepada kita semua, 
da lama kot ak xmembaca  buku yang kawan aku hadiahkan untuk aku, memang xbersyukur lansung kan???. sowi tau awak, bukan saya xnak baca tp.... (xtau nak bagi sebab apa, hehe kejam betol kan)..

petikan dari buku  "Apa Ertinya Saya Menganut Islam"

diantara arahan yang telah dituntut oleh islam sebagai suatu jalan untuk mengelakkan diri daripada panah dan tipudaya syaitan ialah mengingati Allah sewaktu mula melakukan semua kerja. dalam hubungan ini Abu Hurairah telah meriwayatkan bahawa syaitan bagi orang mukmin telah bertemu dengan syaitan bagi orang kafir. tiba2 kedapatan bahawa syaitan bagi orang kafir itu dalam keadaan gemuk muntal, sedangkan syaitan bagi orang mukmin itu kurus kering dan dalam keadaan dukacita, lantas syaitan bagi orang kafir itu bertanya kepada syaitan bagi orang mukmin: "kenapa kamu kurus kering dan dukacita???" syaitan orang mukmin itu menjawab:" aku mendampingi seorang lelaki untuk menggodanya. apabila lelaki itu hendak makan beliau menyebut nama ALLAH, jadi aku terus kelparan. apabila minum beliau menyebut nama ALLAH, jadi aku terus  kehausan. apabila beliau memakai pakaian ,beliau menyebut nama ALLAH, dengan itu ak terus bertelanjang. pabila beliau memakai minyak rambut, beliau menyebut nama ALLAH dengan itu rambut ku terus kering dan kusut". syaitan orang kafir itu pun menjawab: " tetapi aku mendampingi seorang yang tidak melakukan sedikit pun daripada apa yang engkau sebutkan itu. oleh itu aku berkongsi dengan nya makanannya, minumannya dan pakaiannya...

termasuk jugak dalam perkara yang dapat di jadikan sebagai kubu pertahanan ialah menjauhkan makn terlalu bnyak , bermewah-mewah sekalipun halal dan bersih..diantara benteng- benteng    tersebut ialah membaca alquran , berzikir dan beristigfar..


2 jew yang dapat aku kongsi tuk hari ini..soe, lau korang nak baca buku ini, bolehlah datang pinjam ngan aku.. hehe..bnyak kot pengajaran yang kita leh ambik.. 

p/s: thank frenz, apa yang saya nak suma awak bagi..thank sangat..

No comments:

Post a Comment